iklan

! RAYA SALE !

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamualaikum, 
saja cuba nasib nak join Giveaway adik manis si Mialiana ni. Mana tahu menang hadiah kan? Hehe.. Semua dah buat kecuali Like di Fanpage dia sebab FB kat office tak boleh bukak. Harap ada rezeki anak-anak lah, dan dapat tambah koleksi fridge magnet aku dan suami. Jom Join!



Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Hadiah

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

Perkongsian daripada Ustaz Zahazan

Sharing drpd ust zahazan. Mendalam maksud nya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

Sumber : Facebook

30 Perkara Tentang Keusahawanan oleh DAO

30 perkara saya belajar dari Dr Hj Azizan Osman tentang keusahawanan.

19 Ogos 2015
#Bahtera
Bumipreneurs of tommorrow

1. Di dalam pakej kejayaan ada kesusahan.

2. Mengubah manusia perkara yang paling mencabar,ianya mudah apabila mereka sendiri yang mahu berubah.

3. Ramai mereka yang berjaya menjadi ketua dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disukai.

4. Majoriti mereka yang mencapai kejayaan tidak suka memberi alasan.

5. Fokus adalah perkara penting bagi mereka yang mahu mencapai kejayaan.

6. Hasil kajian,
100 orang yang berjaya di dunia,
68% dari mereka tidak mempunyai markah cgpa yang tinggi.

7. Tahap kejayaan seseorang bukan ditentukan oleh siapa "lecturer" mereka.

8. Tahap keinginan yang tinggi adalah kekuatan dalaman yang akan memacu kejayaan seseorang.

9. Apabila kita mempunyai tahap keinginan untuk berjaya yang kuat,segala perasaan negatif dapat dikawal dengan sebaiknya.

10. Kejayaan pertama bermula dari minda dan mentaliti mahu berjaya.

11. Mereka yang betul-betul mahu berjaya,mereka mempunyai tahap keinginan yang kuat kerana mereka mempunyai matlamat jelas yang mahu dicapai.

12. Apabila "down" cari kata-kata pembakar semangat.
(yang mengutuk kita,yang merendahkan kita)
Jadikan sebagai alat pembakar semangat untuk mencabar diri supaya menjadi lebih baik.
(Burning desire)

13. Cari big "why" yang kuat dalam diri.
Kenapa aku nak berjaya?
Untuk apa aku nak berjaya?

14. Semangat bisnes datang dari pemilik bisnes itu sendiri.
(Untuk permulaan sahaja sebelum mempunyai sistem yang lebih teratur)

15. Kekuatan dalaman datang dari diri sendiri.Apabila dalaman kuat,segala alasan kepayahan boleh cuba untuk diatasi.

16. Matlamat yang mahu dicapai harus jelas.Masa?Untuk?Tujuan?

17. Gunakan sebaik mungkin teknologi yang ada.
(Internet,gajet)

18. Bina "networking" untuk menjana kumpulan yang terbaik.
(Mastemind group with Quality people)

19. Masa itu emas,jangan buang masa proses kejayaan akan melalui beberapa kesusahan.

20. Bila mahukan sesuatu,
mesti dapat dengan apa cara sekalipun.
(Bukan beri alasan)

21. Kenali diri,sejauh mana tahap kejayaan yang telah dicapai sehingga sekarang.

22. Tulis proses demi proses semasa mencapai kejayaan.
Raikan kejayaan kecil sebelum menikmati kejayaan yang lebih besar.

23. Berterus terang dengan apa yang mahu dicapai bersama kumpulan

24. Pemilik bisnes perlu 'faham' tentang Marketing,sales,Hr,
Operation bisnes mereka.

25. Teruskan belajar,sentiasa tambah ilmu untuk penambahbaikan diri supaya lebih baik dari sebelumnnya.

26. Dekatkan diri dengan mereka yang lebih berjaya dari kita supaya ianya dapat mengekalkan momentum kejayaan kita.

27. Fokus pada apa yang mahu dicapai.Jangan terlalu fokus pada proses kerana ianya akan membebankan emosi.

28. Cari mentor yang telah berjaya dalam bidang mereka.
(Bukan teori semata-mata)

29. Jika tidak dapat belajar dengan mereka,berkuli dengan mereka.
(Mentor)

30. Cara lain untuk merapati mentor adalah berkhidmat kepada mereka

Tips Kesihatan : Cara Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti


1. Waktu tidur dan bangun mesti sama pada setiap hari.
2. Bilik tidur berada dalam keadaan selesa, tenang, gelap atau samar-samar.
3.Perhatikan makan dan minum anda. Jangan masuk tidur jika berasa lapar atau terlampau kenyang.
4. Hadkan tidur pada waktu siang hari.
5. Lakukan akriviti fizikal dalam rutin seharian anda.
6. Cipta ritual waktu tidur. Lakukan rutin yang sama dan lebih santai setiap malam sebelum tidur.
7. Belajar untuk menguruskan tekanan dengan baik.
8. Jauhkan jam loceng dari kepala dan juga katil.
9. Elakkan nikotin (rokok), kafien (kopi,teh) sebelum tidur.
10. Lakukan senaman tidur berkualiti.

Jom kita amalkan!

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi