iklan

! RAYA SALE !

DOA KEJAYAAN

DOA KEJAYAAN

Doa setiap pagi :
"AllahummakFini Bi Halaalika 'an Haramika, Wa aghnini BiFadhlika 'amman Siwaka"
Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang Halal (hingga aku terhindar) daripada yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (hingga aku tidak meminta) kepada selain-Mu.

Ya Ghani - Maha Kaya
Ya Mughni - Maha Pemberi Rezeki
Ya Fatah - Maha Membukakan
Ya Razak - Maha Pemberi Rezeki
*Baca 7kali selepas sembahyang
*Baca 70kali hari Jumaat di sepanjang hari

"Bismillahirrahmanirrahim"
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

*301 kali selepas terbit matahari atau waktu syuruk

"WA JAALTULAHU MALAMMAMDUDA"
Surah Al-Muddaththir (Ayat 12)

Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak

*313 kali ketika mulakan perniagaan

Kembali Aktif..

Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf di atas kehilangan saya dari dunia blog ini. Saya ingin mengumumkan bahawa saya akan cuba untuk kembali aktif di dalam dunia blog ini semula.

Namun begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada potential customer saya semalam kerana telah menegur kesilapan saya. Saya akui dulu saya ambil lewa mengenai bisnes saya.. Tapi sekarang Alhamdulillah.. Saya akan lebih berhati-hati..

Atas teguran seseorang itu, maka saya terpaksa mencari semula password saya yang telah hilang dan buat editan semula kepada post yang ditegur. Namun begitu, atas teguran beliau juga saya baru "buka mata" tentang kepentingan blog saya..

Dari sudut positif, blog saya yang banyak menaril customer untuk membeli dengan saya. Sudut negatif plak, saya yang silap dan malas untuk mencari ingo, hanya tahu copy dan paste sahaja. Saya akui kesilapan saya.

Dengan itu, untuk perbaiki kesilapan saya, saya akan padam semua post yang tidak berkaitan dengan saya lagi.. Saya hanya akan post mengenai produk yang saya jual atau guna sahaja. Diharap anda semua masih sudi melawat blog picisan saya ini. Terima kasih.

Love u all ...

*Kesilapan itu tanda saya harus lebih peka dengan keadaan semasa.*

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi