iklan

! RAYA SALE !

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat

Tips Penjagaan Kulit Muka Berjerawat  

✔Basuh muka paling kurang 2 kali sehari dengan sabun yang betul. 

✔Jangan basuh muka dengan menggunakan sabun badan kerana tahap kealkaliannya adalah berbeza. Seeloknya, gunakan sabun muka jenis pengawalan minyak contohnya, Vaseline (Oil Control). 

✔Elakkan makanan yang berminyak seperti daging burger segera.

✔Elakkan makanan laut seperti sotong, ketam, udang dan sebagainya KECUALI ikan. (Terpulang kepada kulit individu contohnya, saya boleh makan kerang.) 

✔Elakkan makanan seperti kacang tanah. (Bagi saya, saya tidak boleh makan kacang tanah, tetapi saya boleh makan kacang kuda, almond, gajus dan lain-lain. Ia terpulang kepada kulit individu.)

✔Elakkan daripada mengguna tuala badan untuk mengelap muka selepas mandi kerana kulit yang sensitif adalah sangat sensitif dengan kekotoran. Gunakan tuala kecil yang lain atau tisu.

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi