iklan

! RAYA SALE !

[TIPS SIHAT] ABC - HIDUP SIHAT DAN HEBAT

Untuk mempunyai gaya hidup yang sihat tidaklah susah. Kuncinya, kawal ABC anda, kesihatan anda lebih terkawal.

[ A ] A1: iaitu symbol untuk “blood sugar” atau kandungan gula dalam darah. Minuman manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu, penggunaan gula berlebihan juga didapati dalam masakan seperti kek dan biskut Kadar gula dalam darah hendaklah diperiksa 2-4 kali setahun. Paras A1 yang ideal ialah <6.5%.

[B] Blood Pressure: Tekanan darah dikaitkan dengan tahap pemakanan dan tekanan hidup. Tekanan darah yang tinggi atau rendah adalah kesan amalan gaya hidup tidak sihat. Paras BP hendaklah selalu diperiksa, dan paras BP yang ideal ialah <130/80mm Hg.

[C] Cholesterol: Kolestrol selalunya dikaitkan dengan pengambilan minyak dan lemak berlebihan dalam makanan. Pastikan kadar kolestrol anda sentiasa di tahap ideal iaitu kurang daripada paras 200. Pemeriksaan kesihatan, pengambilan makanan rendah kolestrol dan makanan kesihatan seperti Quaker membantu mengawal kolestrol anda.

Kehidupan yang HEBAT bermula dengan kesihatan yang HEBAT. Dengan tubuh yang sihat dan bebas penyakit, pelbagai kekangan dalam hidup dapat diminimakan. Ini sekaligus membantu memudahkan perjalanan mengecap KEHEBATAN dalam hidup. Kawal ABC anda, terkawal kesihatan anda. Semoga anda semakin SIHAT dan HEBAT!

Sumber: Warkah Siber

!! SHARING IS LOVING !!

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi