iklan

! RAYA SALE !

Jenis Kulit

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. 

Mana satu jenis kulit anda?



Kulit NORMAL
Kelihatan jelas dan mempunyai warna yang sekata. Ia bersifat lembut bila disentuh. Ianya tidak berminyak.

Kulit SENSITIF
Sangat mudah pecah. Penyebab yang sering menimbulkan masalah pada kulit sensitif adalah lingkungan seperti debu, kotoran, matahari dan lain-lain.

Kulit BERMINYAK
Kelihatan berkilat. Ianya mempunyai epidermis tebal dan liang roma terbuka. Kulit berminyak mempunyai kecenderungan untuk jerawat kecil dan bintik-bintik hitam.

Kulit KERING
Kulit secara berterusan kehilangan kelembapan kepada keadaan sekeliling. Apabila kelembapan lebih cepat hilang daripada ia boleh digantikan, lapisan kulit luar akan kering. Kulit kering akan kelihatan tua dan pucat. Ia rasa seperti mengelupas dan kasar. Ia mudah merengsa dan mungkin berasa gatal. Terdapat kecenderungan untuk terjadinya garis halus kering, terutama di keliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat.

Kulit KOMBINASI
Mempunyai kulit berminyak di zon T dan kekeringan pada pipi. Terdapat wabak jerawat sekali-sekala di kawasan-kawasan yang berminyak.


!! SHARING IS LOVING !!

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi