iklan

SweetMuslimah.com

! RAYA SALE !

Pesanan Ustaz Zaharuddin

Wahai lelaki yang bergelar suami, ketahuilah kebanyakan wanita mampu menghilangkan stress dengan shopping, sekadar 'window shopping' pun memadai, yang penting dia bersamamu. Nah, BAWALAH mereka ok...

Namun jangan sesekali lupa membawa mereka shopping pahala ke majlis ilmu & zikir, agar ketenangan mereka lebih kekal dan tidak sementara.

Opss, tapi biasanya wanita memang majoriti yang memenuhi majlis ilmu, jika begitu, temanilah mereka wahai suami, agar tenang mereka bukan sekadar di majlis ilmu tetapi di rumah juga... 



Whatsapp : 016.725.3014
Blog : http://farhanamomshoppe.blogspot.com/

INFO : MENGAPA RAHIM AKAN MENJADI SEJUK

MENGAPA RAHIM AKAN MENJADI SEJUK?

Terdapat ramai wanita yang tidak mengambil berat tentang sejuk mempengaruhi badan mereka. Ini memberi kesan kepada akil baligh, haid, dan kadang-kadang akan menyebabkan kesukaran untuk mengandung. Sebagai contoh:

1) Duduk di atas lantai sejuk terlalu kerap (lantai terutama basah). Kesejukan yang datang melalui bawah ke abdomen. Ia adalah lebih mudah untuk abdomen terjejas oleh kesejukan dalam tempoh haid atau apabila seseorang itu letih

2) Sesetengah wanita memakai pakaian yang tidak menutup pusat dan pinggang di belakang, memakai selipar dan seluar pendek tidak kira apa cuaca seperti angin, sejuk dan lembap. Menurut Perubatan Tradisional Cina, saluran yang terletak di bahagian dalam kaki dan betis akhirnya akan membawa kepada kawasan abdomen dan menyebabkan kesukaran mengandung

3) Berenang semasa haid. Badan menjadi sensitif, perubahan sistem endokrin dan serviks akan terbuka dalam tempoh haid. Seseorang mudah mendapat selesema pada masa ini. Apabila wanita berenang pada masa ini, kesejukan akan masuk ke dalam rahim secara langsung atau tidak langsung

4) Sejuk dari hujan

5) Minuman sejuk terlalu banyak. Ini bukan sahaja tidak baik untuk tenaga perut, ia juga menyebabkan rahim sejuk. Begitu juga dengan ais krim dan makanan beku dari peti sejuk. Pengumpulan sejuk dalam rahim akan menyebabkan dysmenorrhoea, tempoh haid yang tidak teratur dan ia boleh membawa kepada kesukaran mengandung.

Ikhtiarkanlah utk mendapat kesihatan maksima..



Whatsapp : 016.725.3014
Blog : http://farhanamomshoppe.blogspot.com/

Lama Menyepi...

Assalamualaikum..
Sekian lama saya menyepi, berpantang, menyusu dan sibuk dengan tugasan hakiki, kini saya kembali berniaga semual yer kawan-kawan. Sesiapa yang nak order tu janganmalu jangan segan, silalah jengah apa yg anda mahukan dan wassap saya. In Shaa Allah, saya akan cuba jawab secepat mungkin. Faham sajalah saya sudah ada anak kecil berusia 4 bulan yang memerlukan 200% perhatian daripada saya. Oleh itu, di harap anda semua boleh bersabar jika berurusan dengan saya. Selamat mencuci mata dan shopping! Terima kasih kerana mempercayai saya!

Farhana
SMS/Whatsapp : 016-7253014

PESANAN BUAT SUAMI



1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

:::10 KHASIAT PISANG:::



1. Membantu mereka yang mahu berhenti merokok.
2. Menguatkan tulang.
3. Meredakan senggugut.
4. Mengurangkan kegatalan akibat digigit nyamuk.
5. Mengelakkan masalah kurang darah.
6. Boleh meningkatkan keupayaan otak.
7. Mengurangkan tekanan perasaan.
8. Mengurangkan risiko sakit jantung dan darah tinggi.
9. Memperbaiki sistem penghadaman.
10. Membantu menyembuhkan ulser.

LIKE | SHARE 

KHASIAT BUAH DELIMA UNTUK IBU MENGANDUNG





•Buah delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
•Buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
•Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil

!! Sharing Is Loving !!

[TIPS SIHAT] ABC - HIDUP SIHAT DAN HEBAT

Untuk mempunyai gaya hidup yang sihat tidaklah susah. Kuncinya, kawal ABC anda, kesihatan anda lebih terkawal.

[ A ] A1: iaitu symbol untuk “blood sugar” atau kandungan gula dalam darah. Minuman manis sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu, penggunaan gula berlebihan juga didapati dalam masakan seperti kek dan biskut Kadar gula dalam darah hendaklah diperiksa 2-4 kali setahun. Paras A1 yang ideal ialah <6.5%.

[B] Blood Pressure: Tekanan darah dikaitkan dengan tahap pemakanan dan tekanan hidup. Tekanan darah yang tinggi atau rendah adalah kesan amalan gaya hidup tidak sihat. Paras BP hendaklah selalu diperiksa, dan paras BP yang ideal ialah <130/80mm Hg.

[C] Cholesterol: Kolestrol selalunya dikaitkan dengan pengambilan minyak dan lemak berlebihan dalam makanan. Pastikan kadar kolestrol anda sentiasa di tahap ideal iaitu kurang daripada paras 200. Pemeriksaan kesihatan, pengambilan makanan rendah kolestrol dan makanan kesihatan seperti Quaker membantu mengawal kolestrol anda.

Kehidupan yang HEBAT bermula dengan kesihatan yang HEBAT. Dengan tubuh yang sihat dan bebas penyakit, pelbagai kekangan dalam hidup dapat diminimakan. Ini sekaligus membantu memudahkan perjalanan mengecap KEHEBATAN dalam hidup. Kawal ABC anda, terkawal kesihatan anda. Semoga anda semakin SIHAT dan HEBAT!

Sumber: Warkah Siber

!! SHARING IS LOVING !!

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA


1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

!! SEMOGA BERMANFAAT !!

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian





Anda menghadapi masalah membersihkan kesan karat pada pakaian?
Cubalah petua-petua di bawah untuk menghilangkan kesan karat pada pakaian.

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 1:
Sapukan sabun mandi pada bahagian yang terkena karat hingga menutupi kawasan yang berkarat sepenuhnya. Kemudian rendam ke dalam air yang telah diperah limau nipis atau limau kasturi. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 2:
Tenyeh buah belimbing buluh yang telah masak pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 3:
Taburkan garam pada bahagian yang terkena karat dan percikkan cuka pada bahagian pakaian yang terkena karat. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh

Petua Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian 4:
Gosok isi limau nipis pada bahagian yang terkena karat dan kemudian rendam pakaian itu dalam air garam. Biarkan seketika dan kemudian basuh seperti biasa dengan sabun basuh.


Selamat Mencuba!!

Bau Ketiak???

Masalah ketiak berbau?
Cubalah mana-mana petua di bawah:


  • Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
  • Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
  • Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
  • Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
  • Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
  • Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
  • Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
  • Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
  • Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
  • Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
  • Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.
Selamat Mencuba!!!

PETUA MENGUBATI BISUL

Untuk mengubati bisul, bolehlah cuba mana-mana petua di bawah:



1) Ambil segumpal kapas dan celupkan seketika ke dalam cuka makan sehingga meresap. Sapu sekeliling bisul tersebut setiap malam. Lakukan sehingga sembuh.

2) Tumbuk beberapa ulas bawang putih hingga hancur. Tepek pada bisul dan balut dengan kain supaya tidak jatuh. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga bisul hilang.

3) Rendam segenggam beras bersama beberapa ketul kunyit hidup di dalam air selama sejam. Toskan air dan tumbuk beras dan kunyit hingga lumat. Tepek pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.

4) Kunyah daun sirih dan tepekkan pada bisul hingga kering. Ulang beberapa kali sehingga sembuh.



!! sharing is loving !!

Petua Melebatkan Rambut


  • Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.
  • Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan rambut dengan air sejuk. Amalkan dua hari sekali.
  • Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut. Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.
  • Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu. Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.
  • Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada, bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing, sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.
  • Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur. Kemudian,masukkan sedikit air dan perah. Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi. Kacau rata dan simpan semalaman. Keesokan harinya, sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.
  • Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa. Lumurkan pada rambut. Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.
  • Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih. Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam. Kemudian baru dicuci. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.
!! SHARING IS LOVING !!

DOA SEPANJANG KEHAMILAN

Antara amalan doa yang boleh dipraktikkan sepanjang menunggu hari kelahiran :

= Surah Maryam
= Surah Yassin
= Surah Yusof
= Surah Luqman
= Surah Al-Hasyr: Ayat 3
= Surah Al-Insyiqaq: Ayat 4
= Surah Al-Ahqaf: Ayat 35
= Surah An-Nazi'at: Ayat 46 (tiup pd air > sapu pada perut > minum)
= Surah Az-Zariyat

Bagi si suami yang bakal menjadi bapa, adalah baik bagi suami mendoakan si isteri bagi membantu memudahkan proses bersalin. Antaranya ialah :
Ayatul Kursi
Surah Al-A'raf : Ayat 54
Surah Al-Anbiya': Ayat 87 

!! Sharing Is Loving !!

-> 7 Tips Kecilkan Perut

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari. 

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan 

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu 

4. Tambahkan satu hidangan untuk buahbuahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buahbuahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

suka tak ? 



!! SHARING IS LOVING !!

PETUA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.

2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.

3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.

4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.

5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.

7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.

12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.

14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.

15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.

16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.

17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.

22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.

23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.



!! sharing is loving !!

Info : Apa itu cyst?

Cyst : Ketumbuhan

Ketumbuhan blh tumbuh dimana2 shj dlm badan....dan ovarian cyst ini mmg kebanyakan wanita mmg ada..samada bsar atau tidak....cuma yg berbezanya cyst ini samada blh mndtgkan kanser atau tidak

Mengapa digelar cyst?
★kerana ketumbuhan ini mengandungi cecair, samada air, darah beku,darah haid, minyak,dan lemak , lendir. Ia boleh disertai dgn tumbuhan daging yg mngkin jnis kanser ,rambut,cartilage, tulang dll.

Cyst ni bnyak jnis, ad jnis yg x mndtgkan kanser dan bahaya... ada malignant (jenis kanser) , benign ( bkn kanser) , yang merosak benih dan peranakan (endometriosis) dan yang blh hilang tanpa rawatan ( follicular cyst )

♧Follicular cyst 
mngandungi air,bermula sbg karung telur ttpi x pecah pd waktu subur/ovulation, ia terrus mmbesar kadang-kadang melebihi 5cm, biasanya akan pecah sendiri tanpa perlu bedah dan airnya diserap badan..x perlu bedah

♧Corpus luteal cyst 
bermula dari bekas kantung telor yg tlh pecah dan kehamilan tlh blku.peranan corpus luteum adlh untuk menguatkan kehamilan di peringkat awal sblum uri mngambil alih peranan tersebut kemudian. Kdg2 ia mmbesar shngga 8cm, JANGAN TAKUT, krn biasanya cyst ni akn pecah sndiri dan cecair diserap badan

♧Hemorhagic cyst 
cyst yg mngandungi darah, ia bolh bermula dr follicular atau corpus luteal cyst, pendarahan berlaku kedalam cyst atau pecH dan darah melimpah merata dlm perut mnybbkn kskitan yg amat, memerlukan pembedahan cemas

♧Ruptured ovarian cyst 
menyebbkan kesakitan dan perlukn pmbedahan dgn sempurna.


!! SHARING IS LOVING !!

Khasiat Sireh dan Kacip Fatimah

KHASIAT SIREH DI DALAM PRODUK RAHSIA WANITA

KHASIAT SIREH
Nama Saitifik : Piper Betel

Khasiat :
1.Digunakan untuk meningkatkan pertahanan badan melalui kesan anti bakteria,
   anti kulat dan anti virus.
2. Melindungi tubuh dari serangan jangkitan
3. Mengatasi masalah faraj berbau.

KHASIAT KACIP FATIMAH DI DALAM PRODUK RAHSIA WANITA

KHASIAT KACIP FATIMAH
Nama Saitifik : Labisia Pumila

Khasiat :
1.Mengurangkan masalah pre menstrual
    syndrom (PMS) dan haid.
2. Menegang dan mengecutkan otot
3. Membantu dalam masalah /penyakit kelamin
4.Mengurangkan senggugut.
5.Mengekalkan kesimbangan hormon
6.Berupaya meningkatkan keinginan seksual

KHASIAT MANJAKANI
Nama Saitifik :Quercus infectoria

Khasiat :
1. Mengecutkan otot bahagian sulit wanita dan menegangkan otot.
2. Mengawal rembesen lendir
3. Melambatkan proses penuaan.
4. Anti bakteria dan kulat,menghilangkan bau yang kurang  enak
5.Mengandungi asid tanik,kalsium,zat besi,serat,protein,karbohidrat,
   vitamin A dan Vitamin C yang dapat mempercepatkan pemulihan tisu
   dan memulihkan tenaga selepas bersalin.
6. Memperbaiki kitaran haid,meningkatkan keupayaan mental dan memberi
    kesihatan pada wanita..

KHASIAT AKAR SARAPAT
Nama Saitifik : Param eria Polyneura

Khasiat :
1.Membantu memulihkan luka/tenaga
2. Menegang dan mengecutkan otot
3. Membantu melicinkan kulit
4. Membuang toksid dalam badan
5.Melancarkan peredaran darah ke
organ wanita untuk meningkatkan kadar
oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ.
6.Melegakan kekejangan otot rahim dan
mengatasi kelesuan ketika haid.

KHASIAT  PUERARIA  MIRIFICA ( YANG TERDAPAT DI DALAM PRODUK RAHSIA WANITA )

Berikut merupakan antara khasiat  pueraria mirifica terhadap kesihatan.

KHASIAT PUERARIA MIRIFICA UNTUK KULIT

1. Menegangkan  kulit yang mengendur
2. Menegangkan dan menghaluskan kulit
3. Mengurangkan  garis-garis halus
4. Menyihatkan  kulit yang kusam supaya kembali berseri dan menjadikan warna kulit sekata
5. Mengecilkan liang roma dan mengurangkan minyak
6. Melembutkan dan mencerahkan kulit
7. Mencerahkan dan  menghilangkan  lebam di bawah mata
8. Mengatasi masalah  kulit kasar dan kering
9. Mencegah pertumbuhan jerawat muka dan badan
10. Melambatkan proses penuaan dengan efektif

KHASIAT PUERARIA  MIRIFICA UNTUK PUNGGUNG

1. Mengangkat dan menegangkan payudara dan punggung
2. Menjadikan bentuk tubuh lebih padat dan berisi
3. Membesarkan  payudara yang mengalami pertumbuhan terbantut
4. Menjadikan payudara dan punggung supaya lebih seksi
5. Mencerahkan puting dan menghilangkan kedutan di sekeliling  payudara
6. Memelihara kecantikan  payudara supaya kelihatan  lebih tegang dan anjal
7. Menegangkan dan menstabilkan  kedudukan payudara

Akibat kemerosotan dan  kekurangan  penghasilan kadar estrogen di dalam  tubuh badan disebabkan oleh peningkatan usia akan mengubah bentuk tubuh  seseorang wanita. Selain daripada faktor usia, melahirkan anak dan cara pemakanan juga menjadi antara penyebab kepada perubahan bentuk tubuh wanita.

KHASIAT PUERARIA MIRIFICA UNTUK  KUKU
1. Mencegah kuku daripada menjadi rapuh
2. Menguatkan kuku supaya tidak mudah merekah dan pecah
3. Meningkatkan dan menggalakkan pertumbuhan kuku yang lebih sihat
4. Kuku akan kelihatan lebih bersinar dan tidak pucat

KHASIAT PUERARIA  MIRIFICA UNTUK RAMBUT
1. Mencegah rambut daripada rosak dan tidak bermaya
2. Mengawal rambut supaya tidak rapuh dan bercabang
3. Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
4. Mengawal keguguran rambut
5. Melambatkan penuaan rambut dan mencegah rambut daripada cepat beruban
6. Menjadikan rambut lebih sihat, bersinar dan hitam berkilat

KHASIAT PUERARIA MIRIFICA UNTUK TUBUH BADAN
1. Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak
2. Membentuk dan  merampingkan badan tanpa bonjolan lemak yang hodoh

KHASIAT PUERARIA MIRIFICA UNTUK  RAHIM DAN VAGINA

1. Mengangkat dan menegangkan rahim seperti bentuk asal
2. Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan  rahim
3. Merawat keputihan dan masalah haid yang tidak teratur
4. Mencegah jangkitan pada vagina
5. Menjadikan dinding dan pintu vagina supaya lebih anjal dan ketat secara semulajadi
6. Meningkatkan dan  mengaktifkan cecair semulajadi di dalam faraj

KHASIAT PUERARIA MIRIFICA UNTUK KESIHATAN
1. Meningkatkan kesegaran, tenaga dan kadar libido
2. Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain
3. Membantu  mengurangkan risiko penyakit jantung dan arteriosklerosis
4. Mencegah penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi

[Q & A] Bayi tolak susu badan

Soalan :

SAYA ibu kepada seorang bayi lelaki berusia empat setengah bulan. Saya bersalin melalui kaedah Caesarean dan selepas melahirkan anak, hanya mampu menyusukan bayi selama sebulan.

Keadaan ini agak mengecewakan kerana saya berazam untuk menyusukan anak melalui susu badan.
Masalahnya bayi saya menolak untuk diberikan susu badan kerana lebih selesa menyusu botol. Mungkin ketika itu air susu badan saya agak berkurangan.

Adakah sebarang alternatif untuk mengaktifkan kembali air susu badan? Bagaimana memujuk bayi saya supaya dapat menerima susu badan walaupun dia sudah biasa menyusu susu botol?

IBU RESAH
Kuching, Sarawak

Jawapan :


MEMBINCANGKAN persoalan anda sama seperti wanita yang ingin menyusukan bayi angkat. Untuk menghasilkan susu badan, ia memerlukan semangat dan kerajinan kerana hasilnya tidak kelihatan dalam sekelip mata.

Faktor utama adalah rangsangan manual terhadap puting payudara kerana ia membantu menghasilkan hormon oksitosin yang akan memancutkan susu dari payudara.

Terdapat ubat yang dikatakan dapat membantu menghasilkan susu di dalam payudara walaupun sebenarnya ia hanyalah satu daripada kesan sampingan ubat terbabit iaitu ubat itu dihasilkan atau dipasarkan bukan untuk kegunaan menghasilkan susu badan.

Anda boleh pergi mendapatkan nasihat daripada kumpulan penyusuan badan yang lazimnya terdiri daripada jururawat dan doktor sesuatu hospital yang ditauliahkan sebagai hospital rakan bayi.

Bayi anda mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan semula dengan puting payudara berbanding puting tiruan yang lebih mudah. Kesabaran dan ketekunan sangat penting dalam perkara ini.

Sumber : Harian Metro



!! sharing is loving !!

Sedikit Pesanan

Assalamualaikum..

Kepada semua pemenang GA yg dianjurkan blogger2 yg sy sponsor tu, harap anda semua bersabar.. Saya bukan sengaja utk melewatkan penghantaran hadiah.. Semua sudah berbungkus dan tinggal di hantar saja.. Harap anda juga paham bahawa penghantaran melalui pos bukan menggunakan air liur, masih menggunakan wang n tenaga utk smpai.. Harap paham yer.. Saya Xde niat nak mengguris hati sesiapa, cuma mahu anda semua memberi ruang n peluang utk sy selesaikan stu persatu.. Apapun, kepada yg dah like fb n follow blog saya terima Kasih saya ucapkan. Yang dh unlike n unfollow pun xpe.. Saya percaya rezeki daripada Allah. Terima kasih juga kerana mempercayai saya.. Sesungguhnya yg baik itu dtg drpd Allah, yg buruk semuanya drpd saya.. Sekian.

Salam Maulidur Rasul

Marilah kita sama2 bersalawat ke atasnya dengan rasa penuh rindu dan cinta padanya.. Semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasul kesayangan kita.. In Shaa Allah.. 




Khasiat Manjakani dan Pueraria Mirifica

Manjakani
========





Antara Khasia herba Manjakani

✔AWET MUDA
-Antioksida melambatkan proses penuaan sel.

✔PENCEGAHAN KENCING MANIS
-Asid galik mengatasi kencing manis dan lelah.

✔PENCEGAHAN BARAH PAYUDARA DAN RAHIM
-Antioksida manjakani mampu mencegah barah buah dada dan rahim.

✔PENCEGAHAN BAU YANG TIDAK DIINGINI
-Manjakani dikatakan bersifat astringen, berupaya membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada faraj.

✔MATA YANG SIHAT
-Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.

✔RAWATAN PAYUDARA
-Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bemanjakani dapat memperbaiki payudara yang telah hilang kekenyalannya.

✔KULIT KERING DAN BERMINYAK
-Astringen juga dapat mengaawal kulit kering dan berminyak.

✔PELBAGAI KHASIAT MAKANAN
-Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

✔MEMULIH OTOT DALAMAN FARAJ
-Tannin pada manjakani amat mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar, lemah atau kendur.

✔MENGAWAL LENDIR DAN LELEHAN FARAJ
-Astrigen berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj.

✔MENGECUTKAN TISU-TISU
-Astrigen dikatakan berupaya mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.

✔MENEGANGKAN DAN MENCANTIKKAN KULIT
-Astrigen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.

✔MENGUATKAN GIGI DAN KAYA DENGAN KALSIUM
-Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.

✔MULUT
-Astrigen dalam manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut.

✔PERAWATAN KRONIK ULSER
-Amalam meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.


Pueraria Mirifica
=============





Antara Khasiat herba Pueraria Mirifica

✔ Menambah saiz payudara

✔ Awet muda
✔ Menggalakkan pertumbuhan rambut
✔ Mengetatkan vagina
✔ Mengurangkan migrain
✔ Melangsingkan badan
✔ Melambatkan proses penuaan


Psssttt.. dalam HARUM MALAM pun ada herba Manjakani ni tau..rugi kalau tak cuba...untuk suami juga kannn... 



Nak Order??

SMS/Whatsapp : Farhana 016-7253014

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI



Tahukah anda, untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya. Malah, sumber datangnya tidak disangka-sangka. Apa yang kita perlu buat adalah buat apa yang Allah suka, Insya Allah rezeki itu akan datang dari segenap penjuru. 
Mudahnya Menjemput Rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' daripada Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikutilah rahsianya yang terkandung dalam buku ini.

Melalui buku ini, Insya Allah, anda akan mengetahui:

1. Hakikat rezeki
2. Rahsia 1-1=10
3. 11 seni menjemput rezeki. Terbukti berkesan!
4. 10 kisah menjemput rezeki. Kisah benar!
5. Teknik santai bagaimana mencapai segala hajat dan impian anda
6. Bagaimana mencipta ombak rezeki

 " Saya berazam agar setiap mata yang pernah memandang Al-Quran perlu diberi peluang memandang buku ini. Sungguh MENJEMPUT REZEKI lebih mudah dari mencari rezeki. Inilah yang mahu saya sampaikan." oleh Penulis

Sesiapa yang nak beli buku ni, boleh lah hubungi saya :

Harga : RM 18.00
Postage : RM 6.00 (SM) / RM 10.00 (SS)

Puan Farhana 
SMS/Whatsapp : 016-7253014




Tips Kulit Cantik



Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.2. Meningkatkan kesuburan

Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser

Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.

5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

7. Menyihatkan jantung

Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.

8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

!! sharing is loving !!

Jenis Kulit

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza-beza. 

Mana satu jenis kulit anda?



Kulit NORMAL
Kelihatan jelas dan mempunyai warna yang sekata. Ia bersifat lembut bila disentuh. Ianya tidak berminyak.

Kulit SENSITIF
Sangat mudah pecah. Penyebab yang sering menimbulkan masalah pada kulit sensitif adalah lingkungan seperti debu, kotoran, matahari dan lain-lain.

Kulit BERMINYAK
Kelihatan berkilat. Ianya mempunyai epidermis tebal dan liang roma terbuka. Kulit berminyak mempunyai kecenderungan untuk jerawat kecil dan bintik-bintik hitam.

Kulit KERING
Kulit secara berterusan kehilangan kelembapan kepada keadaan sekeliling. Apabila kelembapan lebih cepat hilang daripada ia boleh digantikan, lapisan kulit luar akan kering. Kulit kering akan kelihatan tua dan pucat. Ia rasa seperti mengelupas dan kasar. Ia mudah merengsa dan mungkin berasa gatal. Terdapat kecenderungan untuk terjadinya garis halus kering, terutama di keliling mata. Kulit kering jarang dihinggapi jerawat.

Kulit KOMBINASI
Mempunyai kulit berminyak di zon T dan kekeringan pada pipi. Terdapat wabak jerawat sekali-sekala di kawasan-kawasan yang berminyak.


!! SHARING IS LOVING !!

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki


“Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.” 

Assalamualaikum.. 
Jom kita amalkan bersama-sama doa ini.. Ini adalah doa yang saya selalu amalkan setiap kali selepas Solat Fardhu.. In Shaa Allah.. Jika kita amalkan selalu, kita akan merasai kesannya dan mendapat hasilnya.. Aaminn..

Asam Gelugur dan Kebaikannya

Tahukah anda, memakan daun, bunga @ buah ASAM GELUGUR dapat menyumbang dalam kepada kesihatan anda?




Antaranya adalah:
- menurunkan DARAH TINGGI
- merawat KENCING MANIS
- BERAT BADAN berlebihan
- membantu TIADA SELERA
- mencegah SAKIT JANTUNG

VIA - Majalah Rapi.MS 35.


!! SHARING IS LOVING !!



HOW TO OTHER :

Kindly proceed with payment and inform us your details. Thanks!

PAYMENT METHOD :

1) MAYBANK: 101013252628 NURFARHANAH BINTI SUARDI

2) Attach us the resit or any attachment to prove your payment through facebook, mms/whatsapp(important !! without resit i will NOT post your item)

3) SMS/WHATSAPP to hotline 016-7253014 your details, provide name , address, hp no (upon purchase, u agree our term and condition)

✅NAME:
✅ADD:
✅NO HP:
✅ITEM:
✅PAYMENT :(RM, DATE & TIME)

WAJIB!!
Sila masukkan email kami di bahagian Recipient email untuk rujukan kami sekiranya anda menggunakan Online Banking. Begitu juga dengan nombor hp (jika ada) masukkan no hp kami 016-7253014 (biasanya CIMB Bank)

Recipient email : farhanasuardi@gmail.com

TERMS & CONDITION

1) SETIAP PEMBAYARAN DIBUAT WAJIB DISERTAKAN SALINAN RESIT ( AMBIL GAMBAR DANSMS/WHATSAPP KE 016-7253014)

2) ORDER AKAN DI PROSES DALAM MASA 1-2 HARI BEKERJA.

3) PAYMENT & ORDER SEBELUM 2 PM AKAN DI POS HARI YANG SAMA, PAYMENT AFTER 2 PM BARANG AKAN DI POS KEESOKAN HARINYA.

4) 016-7253014 - THIS NUMBER ADALAH UNTUK SMS/WHATSAPP URUSAN PERNIAGAAN ONLY!! ANY PHONE CALL WILL NOT BE ENTERTAIN!!

How To Order???

HOW TO ORDER??

Kindly proceed with payment and inform us your details.. Thanks!

PAYMENT METHOD :

1) MAYBANK: 101013252628 NURFARHANAH BINTI SUARDI

2) Attach us the resit or any attachment to prove your payment through facebook, mms/whatsapp (important !! without resit i will NOT post your item)

3) SMS/WHATSAPP to hotline 016-7253014 your details, provide name , address, hp no (upon purchase, u agree our term and condition)

                 ✅NAME:
                     ✅ADD:
                     ✅NO HP:
                     ✅ITEM:
                     ✅PAYMENT :(RM, DATE & TIME)

WAJIB!!
Sila masukkan email kami di bahagian Recipient email untuk rujukan kami sekiranya anda menggunakan Online Banking. Begitu juga dengan nombor hp (jika ada) masukkan no hp kami 016-7253014 (biasanya CIMB Bank)

Recipient email : farhanasuardi@gmail.com

TERMS & CONDITION

1) SETIAP PEMBAYARAN DIBUAT WAJIB DISERTAKAN SALINAN RESIT ( AMBIL GAMBAR DAN SMS/WHATSAPP KE 016-7253014)

2) ORDER AKAN DI PROSES DALAM MASA 1-2 HARI BEKERJA.

3) PAYMENT & ORDER SEBELUM 2 PM AKAN DI POS HARI YANG SAMA, PAYMENT AFTER 2 PM BARANG AKAN DI POS KEESOKAN HARINYA.

4) 016-7253014 - THIS NUMBER ADALAH UNTUK SMS/WHATSAPP URUSAN PERNIAGAAN ONLY!! ANY PHONE CALL WILL NOT BE ENTERTAIN!!

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi