iklan

! RAYA SALE !

:: TIPS :: TINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK ANDA

Pakar dalam perilaku kanak-kanak,Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak,lakukan panduan ini:



A. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan kurang baik
akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
B. Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan.
C. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang,Ia membuatkan anak lebih yakin.
D. Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian ,ciuman, hadiah 
atau senyuman.
E. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar, perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
F. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.
G. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,jangan mengeluh.Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.
H. Dengar cerita anak anda, tunggu giliran anda untuk bercakap.
I. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
J. Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya,sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
K. Luangkan masa bersama anak di luar rumah,pegang tangan anak-anak apabila berjalan
dengan mereka.Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran ibubapa mereka.
L. Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama,mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.
M. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat kerumah.Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
N. Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna.Ini akan mengurangkan tekanan
menjadi ibubapa.

## Menjadi ibubapa yang sempurna dimata anak-anak dan masyarakat adalah amat susah sebenarnya, tapi sebagai ibubapa kita cuba jadi yang terbaik pada mereka, walaupun susah kita cuba dan terus mencuba. In shaa Allah akan menjadi juga. :)

!! SHARING IS LOVING !!

Nurfarhanah Suardi

Shaklee Independent Distributor 
ID 905705
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi