iklan

! RAYA SALE !

Cara -cara Mengatasi Sifat Marah

•1. Istighfar
•2. Senyum
•3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa tu?? hehe)
•4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
•5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
•6. Banyakkan minum air
•7. Ambil wudhu dengan segera
•8. Mengubah Posisi.( Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring)
•9. Pecahkan rutin harian
•10. Cuba lepaskan dengan cara bersenam atau beriadah
•11. Jaga pemakanan (kebanyakan orang yang suka makan daging merah cepat marah)
•12. Memaafkan orang lain
•13. Ingat mati
•14. Dukung bayi
•15. Banyakkan berdiam diri dari menjawab
•16. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.


Kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan..

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan..


!!SHARING IS LOVING!!


No comments:

Post a Comment

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi