iklan

! RAYA SALE !

KENAPA ISTERI SUKA DIPELUK SUAMINYA??


✔ Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk.

✔ Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.

✔ Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.

✔ Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.

✔ Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

✔ Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.


Oleh itu para suami.

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya.

Sumber : Facebook 
!! SHARING IS LOVING !!

Nurfarhanah Suardi

Shaklee Independent Distributor 
ID 905705
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

Hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?


Ustaz Azhar Idrus:

Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian, dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias & bersuci, dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari !! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan. Kikikiki...

Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun "complete set" dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata "abang tak payah beri nafkah" maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat .... jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.


Sumber : Facebook
!! SHARING IS LOVING !!


:: TIPS :: TINGKATKAN POTENSI ANAK-ANAK ANDA

Pakar dalam perilaku kanak-kanak,Robert D Ramsey, berkata untuk mempertingkatkan potensi anak,lakukan panduan ini:



A. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik.Nama panggilan kurang baik
akan menyebabkan anak malu dan rasa rendah diri.
B. Berikan anak pelukan setiap hari kerana ia memberikan kekuatan kecerdasan.
C. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang,Ia membuatkan anak lebih yakin.
D. Berikan perangsang setiap kali anak berbuat baik misalnya pujian ,ciuman, hadiah 
atau senyuman.
E. Jangan mengharapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan.Mereka hanya kanak-kanak yang sedang membesar, perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.
F. Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga.
G. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak,jangan mengeluh.Keluhan akan membuatkan anak merasakan diri mereka beban kepada ibubapa mereka.
H. Dengar cerita anak anda, tunggu giliran anda untuk bercakap.
I. Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.
J. Lakukan sedikit persediaan untuk anak menyambut hari lahirnya,sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah.
K. Luangkan masa bersama anak di luar rumah,pegang tangan anak-anak apabila berjalan
dengan mereka.Mereka tentu akan merasa pentingnya kehadiran ibubapa mereka.
L. Hargai permainan kesayangan anak.Pada masa sama,mereka juga akan menghargai barang kesayangan anda.
M. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat kerumah.Anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
N. Terimalah keadaan anda bukan ibubapa sempurna.Ini akan mengurangkan tekanan
menjadi ibubapa.

## Menjadi ibubapa yang sempurna dimata anak-anak dan masyarakat adalah amat susah sebenarnya, tapi sebagai ibubapa kita cuba jadi yang terbaik pada mereka, walaupun susah kita cuba dan terus mencuba. In shaa Allah akan menjadi juga. :)

!! SHARING IS LOVING !!

Nurfarhanah Suardi

Shaklee Independent Distributor 
ID 905705
SMS/Telefon : 016-7253014
E-mail : farhanasuardi@gmail.com

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca 
La hawla Wala Quwwata Illa billah 
– Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)

2. Membaca 

La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin 
-Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

3. Membaca 

Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim. 
- Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surat Al-IKHLAS 

- : Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)

5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH 

- : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI 

- : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan BERISTIGHAFAR

- : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


!! SHARING IS LOVING !!

BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.
(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.



!!SHARING IS LOVING!!

Cara -cara Mengatasi Sifat Marah

•1. Istighfar
•2. Senyum
•3. Melihat cermin (masa marah tu, terus tengok cermin. Cantik tak muka masa tu?? hehe)
•4. Lambatkan tindak balas dan tarik nafas. Oksigen akan menenangkan fikiran.
•5. Anggap perbuatan dia tidak sengaja dan banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
•6. Banyakkan minum air
•7. Ambil wudhu dengan segera
•8. Mengubah Posisi.( Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring)
•9. Pecahkan rutin harian
•10. Cuba lepaskan dengan cara bersenam atau beriadah
•11. Jaga pemakanan (kebanyakan orang yang suka makan daging merah cepat marah)
•12. Memaafkan orang lain
•13. Ingat mati
•14. Dukung bayi
•15. Banyakkan berdiam diri dari menjawab
•16. Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur.


Kemarahan adalah satu-satunya dari tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan..

Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lain-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan..


!!SHARING IS LOVING!!


MITOS : JERAWAT




--> MITOS JERAWAT 

1.JERAWAT DISEBABKAN KULIT KOTOR / CUCI TIDAK BERSIH. 

## Jerawat tidak terjadi akibat kulit kotor. Sebaliknya, ia disebabkan penghasilan berlebihan kelenjar minyak dan pengumpulan sel kulit mati, sebum (minyak) serta bakteria yang menyebabkan keradangan di dalam poripori kulit.

2. KEKERAPAN MENCUCI MUKA KRANGKAN POTENSI KEMUNCULAN JERAWAT


## Walaupun mencuci muka dapat menghilangkan kotoran dan minyak dari kulit, kekerapan mencuci akan menjadikan radang dan kulit kering. Fenomena ini juga boleh mencetuskan jerawat.

## Penggunaan scrub (lulur) akan memburukkan lagi keadaan kerana kulit berpotensi mudah radang dan tercedera. Jika kulit muka terasa tegang dan kering selepas dicuci, ia menandakan pencuci muka itu terlalu kuat dan tidak sesuai.

3. MEMICIT JERAWAT AKAN CEPAT MENGHILANGKANNYA.

## Memicit jerawat menyebabkan jerawat kurang kelihatan untuk sementara waktu. Namun, proses ini menyebabkan pertumbuhan bakteria, sel kulit mati dan sebum tertolak lebih mendalam ke dalam kulit dan menyebabkan kawasan berkenaan bengkak dan merah.

4. JANGAN MEMAKAI BAHAN SOLEKAN JIKA MAHU KULIT MULUS.

## Jika menggunakan bahan solekan yang tidak komedogenik, bersolek tidak akan menyebabkan jerawat. Berhati- hatilah apabila memilih bahan kosmetik dengan membaca terlebih dulu label pada bahan kosmetik.

5. MEMAKAN COKLAT/KACANG DAN TEKANAN MENCETUSKAN JERAWAT.

## Punca utama jerawat bukan berpunca daripada makanan tetapi ada makanan tertentu mungkin memburukkan lagi jerawat. Jika berlaku, kurangkan pengambilan makanan tersebut. Tekanan tidak mencetuskan jerawat namun boleh meningkatkan pengeluaran sebum, seterusnya memburukkan lagi keadaan jerawat sedia ada.

6. JERAWAT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA RESDUNG. ELAKKAN MAKANAN PENYEBAB `GATAL’ SEPERTI BELACAN.

## Resdung diistilahkan sebagai sejenis penyakit alahan. Jerawat bukan berpunca daripada alahan.Kepentingan merawat jerawat dengan betul tidak boleh dipandang rendah kerana kelewatan merawat atau kesilapan pengambilan ubat boleh menyebabkan parut berkekalan, seterusnya mengganggu emosi dan penampilan diri remaja yang sememangnya sangat sensitif dengan penampilan luaran.

VIA - Kesihatan.Info 


Kalau nak lagi mudah boleh makan set CANTIK Shaklee.. hehe.. murah je.. :)

SET CANTIK ASAS

boleh tambah B-Complex dan ESP :)


S.I.D SHAKLEE : 905705
FARHANA
016-7253014

PETUA MELAYU LAMA UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN


1. Amalkan minum air lebihan suami
2. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi
3. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempuh kehamilan. ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi, selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi.
4. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
5. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
6. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
7. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

p/s : In Shaa Allah aku akan amalkan :)

S.I.D SHAKLEE : 905705
FARHANA
016-7253014

Petua Suami Untuk Menjaga Hati Isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristighfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

[TIPS SIHAT] - SIHAT GAYA MALAS?

1. Elakkan Garam - Kreatifkan Dgn Menukar Herba / Rempah Ratus. 
2. Jangan Makan Daging Proses: Hot Dog, Burger, Bebola Daging... 
3. Jangan Makan Sayur Dalam Tin. 
4. Elak Makanan Bergoreng, Kuli Ayam, Lemak Daging, Makanan Segera. 
5. Hadkan Kafein: Kopi, Rokok... 
6. Jauhi Bahan Pengawet, Pewarna, Perasa.
7. Awas Lemak Tersembunyi: Santan Dlm Kari, Nasi Lemak, Rot Canai...

Apa Yang Penting Amalkan Pemakanan Yang Sihat Untu Kehidupan Yang Sihat :)

Sumber: Hot FM

DOA KESUBURAN UNTUK WANITA SUPAYA SENANG HAMIL.

Assalamualaikum..

Arini aku nak kongsi kepada para pembaca terutama kaum wanita yang sudah berkahwin terutamanya.. Yang belum kahwin pun boleh baca yer.. Sebagai ilmu untuk anda.. :)

Wanita yang kurang subur sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat kerana mungkin anda tidak beberapa subur kerana masalah ovulasi, berat badan, usia, masalah saluran fallopia dan masalah lain-lain berkaitan organ peranakan yang tersumbat.

Rasa rendah diri dan sedih apabila melihat orang lain bermanja dan bermain dengan anak-anak mereka. Jangan putus asa dan jika terasa sunyi terutama isteri-isteri yang tidak bekerja, lakukan aktiviti atau sekurang-kurangnya peliharalah beberapa ekor kucing parsi ataupun tikus "hamster" untuk mengisi kekosongan itu semasa suami pergi kerja ataupun ambillah anak angkat dari rumah anak-anak yatim.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang kurang subur kerana beberapa faktor diatas yang disebutkan tadi. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segala sesuatu dari yang buruk kepada yang baik untuk wanita yang mempunyai masalah kesuburan. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)
6. Doa Kesuburan (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut..




"SHARING IS LOVING"

p/s : setelah berusaha, kita berdoa, sembahyang dan bertawakal kepada Allah

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BENGKAK DI KELOPAK MATA “PUFFY EYES”.


Tahukah anda bahawa bengkak di mata berpunca daripada faktor pemakanan, tidur yang tidak cukup dan mungkin oleh masalah alergik .Teh uncang merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak di mata anda.

- CARANYA MUDAH SAHAJA -

1. Rendamkan uncang teh ke dalam air panas selama 3-5 minit.
2. Kemudian, biarkan uncang teh sejuk dahulu.
3. Tutup mata anda dan letakkan uncang teh di bahagian mata yang bengkak kemudian tutup dengan kain bersih.
4.Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Selamat mencuba. 

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM) :


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka lambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

31.10.2013

Assalamualaikum..

sehat ke semua?? Alhamdulillah.. arini adalah ari terakhir dalam bulan Oktober 2013. yup! diulangi, HARI TERAKHIR! kejap je masa berlalu kan?? macam-macam benda yang jadi sepanjang bulan Oktober ni kan? bak kata Awie.. "Tragedi Oktober" :)

Namun, aku percaya setiap perkara ada hikmahnya.. Jadi, mari kita menanam azam untuk bangkit semula walaupun agak terlambat. Percayalah, jika kita sentiasa positif, maka hasil yg kita terima akan jadi POSITIF juga.. 

sebelum terlupa, aku nak bgtau yang aku dah buat personal blog baru.. kalau korang free silalah jengah erk.. hehe.. tapi macam biasalah, blog belum sepenuhnya update lg.. hehe.. aku bg nama blog aku SIMPLY FARHANA. Senang nak ingat kan? blog ni xde kena mengena gan produk-produk yang aku jual.. semua pasal personal life aku.. sama macam blog CHUBBY HANNA aku.. tapi kali ni blog Simply Farhana tu inshAllah akan lebih banyak stori mori lah.. blog Chubby Hanna plak aku akan buat jadi photoblog aku.. INSHAALLAH..

oklah, aku nak siap2 nak balik.. nanti aku sambung lagi.. 
tunggu kemunculan dan kebangkitan aku dalam Shaklee tau!! aku tahu aku BOLEH!! Yieehhaaaa!!!

SMS/ WHATSAPP 016-7253014 lau de pape nak tanya pasal Shaklee yer.. hehe.. 

Assalamualaikum..

Salam Aidil Adha 1434H

Assalamualaikum..

Salam Aidiladha kepada semua blogger.. Semoga kita diberi peluang untuk merubah diri kita demi sesuatu yang baik dan memberi kebaikan kepada semua juga.. Jaga diri, jaga pemakanan dan jaga adab.. Sama2 kita hayati sejarah nabi-nabi kita supaya menjadi iktibar kepada kita semua.. InsyaAllah.. 

Pada yang nak order Shaklee tu, jgn segan-segan sebab kedai online saya dibuka 24jam.. Sebarang pertanyaan boleh terus SMS/WHATSAPP 016 - 725 3014 (farhana) yer :)


Open @ 12.09.2013

Assamualaikum..

Alhamdulillah.. arini secara rasminya saya dapat melancarkan blogshop saya.. :) semuanya berlaku secara tiba-tiba apabila semangat untuk berniaga telah kembali dalam diir saya.. dengan itu, maka terlahirlah blogshop ini. saya selalunya akan pilih tarikh yg sesuai untuk buat sesuatu perkara, tapi kalai ini, semuanya datang dengan tiba-tiba, dan saya terus menjalankannya.. Alhamdulillah..

so, pada 12.09.2013 bersamaan dengan 6 Zulkaedah 1434, maka terhasil lah blogshop saya yg diberi nama FARHANA MOM SHOPPE.. Nama blogshop ini terhasil apabila saya mendapa inspirasi daipada sebuah laman web yg menjual pelbagai barangan keperluan bayi dan ibu.. lagipun, matlamat saya buat blogshop ini adalah untuk membantu ibu-ibu dan bakal ibu untuk mendapat keperluan mereka dan bayi mereka dengan mudah, sama ada atas talian atau luar talian. 

selain itu, saya akan mengemaskini produk dari semasa ke semasa untuk kemudahan semua. saya juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan saya ke peringkat yg lebih tinggi, seperti luar negara ke.. hehe.. berangan je..

oklah, saya nak sambung update produk-produk yang saya jual. okay, jika ada sebarang pertanyaan, anda semua boleh hubungi saya di talian sms/whatsapp 016-7253014 atau email saya di farhanasuardi@gmail.com.. semoga perkhidmatan saya akan membantu anda semua menjalani kehidupan yg lebih baik di masa akan datang.. InsyaALLAH.. Pastikan anda sentiasa follow saya yer.. pasti xkan mengecewakan anda.. InsyaALLAH.. jangan lupa singgah yer!!! 
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Farhana Suardi